Tuesday, June 14, 2016

KERTAS KERJA LAWATAN KE MUZIUM DAN TEMUDUGA TOKOH



 CTU 551 – TAMADUN ISLAM & TAMADUN ASIA

NAMA AHLI KUMPULAN (7 )      :  NURAMIN,AMIN,AISHAH,EYQA,SU DAN TIQAH

KELAS                                               : AP221

MUZIUM YANG DILAWATI         : MUZIUM SULTAN ALAM SHAH

TOKOH YANG DI TEMUDUGA   : DR. OLIVER LING HOON LEH




KATA-KATA ALUAN

Syukur kehadrat ilahi dengan limpah dan kurnianya dapat kami menyelesaikan tugasan ini dengan jayanya. terima kasih tidak terhingga kepada ahli kumpulan kerana saling bekerjasama dan memberikan komimen dalam menjalankan tugasan yang telah diberikan. Tidak lupa juga kepada ustazah mahfuzah binti mohd zabidi kerana telah memberikan tunjuk ajar dan nasihat sepanjang menjalankan kajian ini. selain itu, tidak lupa juga kepada ibu bapa, adik beradik serta rakan-rakan yang lain dalam memberikan tunjuk ajar untuk menyiapkan tugasan ini. 


PENDAHULUAN

Kajian yang kami lakukan ini terletak di Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam. penubuhan Muzium negeri selangor yang ketika ini dikenali dengan nama Muzium Sultan Alam Shah bermula apabila DYMM Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah berkenan menandatangani enakmen no.6 tahun 1975 Negeri Selangor bertarikh 27 Disember 1975.Selepas beberapa tahun jerih-perih ia dirancang, maka pada 2 september 1989, muzium yang menjadi lambang penubuhan kebudayaan Negeri selangor ini pun dirasmikan pembukaannya oleh DYMM Sultan Selangor idi mana istiadat perasmiannya dilakukan dengan penuh acara tradisi melayu. Pentadbiran muzium ini diletakkan di bawah tanggungjawab lembaga muzium selangor.Bahgian permuziuman terletak di tengah bandaraya Shah Alam. Muzium negeri selangor merupakan muzium negeri selangor yang dibangunkan selepas penyerahan kuala lumpur kepada kerajaan pusat pada tahun 1974.


Tujuan kami memilih muzium ini adalah kerana muzium ini terletak berhampiran dengan universiti kami iaitu UITM Puncak Alam. Selain itu, muzium ini juga terletak di tengah bandaraya Shah Alam dan merupakan tarikan utama para pelancong yang datang di Malaysia. Muzium Shah Alam juga terdapat banyak infomasi-informasi yang diperlukan bagi menyelesaikan kajian kami ini.



Berikut merupakan antara dapatan kami di Muzium Shah Alam:

BALAI PAMERAN
1. Balai Sejarah
  
Balai ini mempamerkan pelbagai artifak prasejarah yang dijumpai di tapak penempatan awal manusia di Selangor. Seterusnya, sejarah pentadbiran Selangor dipamerkan melalui ruangan zaman Melaka-Johor, zaman Portugis-Belanda, kedatangan orang Bugis, pembukaan ibu kota, zaman penjajahan dan pra-kemerdekaan, sehinggalah Selangor mencapai status negeri maju pada tahun 2005. Antara koleksi menarik di balai ini adalah serpihan gendang dongson yang dipercayai hasil peninggalan dari zaman gangsa-besi.

2. Balai kebudayaan

Balai ini memaparkan kebudayaan masyarakat daripada pelbagai etnik di Selangor seperti Bugis, Jawa, Minang, Banjar, Mandiling, Rawa dan lain-lain. Keunikan budaya dan gaya hidup yang diamalkan oleh pelbagai etnik di Selangor dipamerkan melalui koleksi peralatan adat resam, kegiatan sastera dan kesenian. Selain itu terdapat juga pakaian dan peralatan tradisional seperti koleksi busana Melayu, alat-alat tembaga, alat bunyi-bunyian, dan senjata tradisional. Kepelbagaian budaya juga turut dihidupkan melalui pameran diorama menarik yang terdapat di balai ini.

3. Balai Warisan alam Semulajadi

Balai ini memaparkan mengenai kekayaan warisan alam semulajadi yang terdapat di Selangor. Kepelbagaian flora dan fauna di Selangor digambarkan melalui diorama terbuka dan haiwan yang diawet seperti spesis ikan, hidupan liar, binatang buas, spesis serangga, belalang, kupu-kupu dan lain-lain. Antara tarikan menarik yang dipamerkan ialah replika “Buaya Puchong”, buaya tembaga terbesar yang dijumpai di Semenanjung Malaysia. Selain itu, pengunjung juga boleh mengalami sendiri pengalaman memasuki gua batu melalui replika yang terdapat di balai ini.

4. Balai Sukan

Pameran di balai ini menceritakan mengenai sejarah bidang sukan dan ahli sukan terkenal di Selangor. Detik kegemilangan dan jasa anak-anak negeri Selangor dalam pelbagai bidang sukan yang diceburi diabadikan di balai pameran ini untuk tatapan generasi masa kini dan akan datang agar masyarakat terutamanya penduduk negeri Selangor dapat mengetahui, mempelajari dan memahami sumbangan ahli-ahli dan tokoh sukan berkenaan kepada Selangor dan negara Malaysia.

5. Balai Islam
Pameran di balai ini menumpukan tentang penerapan agama Islam di dalam budaya dan gaya hidup masyarakat tempatan termasuklah sejarah awal kedatangan dan perkembangan agama Islam di Selangor. Sebahagian daripada artifak menarik yang dipamerkan adalah model masjid-masjid lama, mimbar, beduk, kubah, bekas wuduk, tempayan, pinggan mangkuk, senjata, kitab-kitab lama dan sebagainya. Turut dipamerkan ialah mimbar masjid Selayang yang digunakan pada awal tahun 1880-an dan dipercayai merupakan mimbar paling tua di Selangor.

6. Pameran Luar


Selain daripada koleksi dan artifak di balai-balai pameran, terdapat juga koleksi Muzium Sultan Alam Shah yang dipamerkan di luar bangunan muzium. Antaranya ialah kereta mantan Menteri Besar Selangor yang pertama, kereta perisai model Ferret, kepala dan gerabak Keretapi Tanah Melayu, sistem radar dan kapal terbang.

Perbincangan yang kami lakukan adalah mengenalpasti sejarah-sejarah serta artifak lama yang ditinggalkan oleh orang terdahulu. Perkara baru yang kami perolehi adalah sikap saling bekerjasama antara satu sama lain. 


Thursday, June 2, 2016

REFLEKSI DIRI 16-05-16

REFLEKSI DIRI 16/5/16

Alhamdulillah syukur ke hadrat illahi dengan limpah kurnianya dapat lagi bersua muka kali ini untuk saya berkongsi tentang keistimewaan tamadun Melayu. Tamadun Melayu sememangnya terkenal dengan kelembutan, kehalusan dan kesopanan sama ada dari segi bahasa, tingkahlaku mahupun perbuatan. Kedatangan Islam ke Tanah Melayu telah menampakkan kecemerlangan serta kemajuan. Jika dibandingkan ketamadunan Melayu dulu dan sekarang sememangnya ketara sekali. Tambahan pula banyak pengaruh yang dapat mempengaruhi anak muda pada masa sekarang. Jadi kita sebagai hamba yang bertaqwa perlulah mengekalkan adat Melayu demi kemajuan sesebuah tamadun kita. Oleh itu, apa yang saya belajar pada hari ini ialah kita janganlah mudah terpengaruh dengan budaya luar. Kekurangan keyakinan kepada Allah akan menyebabkan manusia dengki dan iri hati lalu mudah terjebak dengan perkara yang dapat memesongkan akhlak manusia sekaligus meragut kepercayaan bahawa rezeki itu bukan datang daripada Allah. Jadi fahamilah dan kenalilah adat Melayu nescaya kita dapat mengekalkan warisan kita.

-Noraishah-

Wednesday, June 1, 2016

Mengapakah rakyat mesti diilmukan dengan mengambil contoh kerajaan Melayu Melaka

Mengapakah rakyat mesti diilmukan dengan mengambil contoh kerajaan Melayu Melaka:-

1. Sultan yang memerintah Melaka pada ketika itu telah melakukan kesilapan yang sangat besar antaranya melantik pembesar-pembesar yang gilakan kuasa serta korup

2. Sultan Melaka ketika itu yang dikatakan sering berfoya-foya dengan penzinaan & arak serta rasuah.

3. Mempunyai unsur luar yang dapat menggunakan kelemahan dalaman untuk kepentingan & faedah politk, dan perniagaan mereka.


HOMEWORK 18/4/2016

SENARAIKAN 3 PANTANG LARANG ORANG MELAYU DAN APAKAH TUJUANNYA.


  1. Tidak boleh makan berpindah tempat
-Kerana takut kahwin ramai, sebenarnya takut bersepah dari suatu tempat ke suatu tempat2

       2. Jangan memukul, mendera @ mencederakan mana-mana binatang dikhuatiri anak yang bakal dilahir mengalami kecacatan

-Bagi mengelakkan penganiayaan terhadap haiwan

       3. Anak gadis tidak boleh menyanyi sewaktu memasak
- Kerana akan dapat suami tua, sebenarnya takut masakan hangus.

-NORAISHAH-

Mengapa teori dari Arab yang paling sahih

* MENURUT SYED NAQUIB AL ATTAS, BELIAU TELAH MENYATAKAN BAHAWA ISLAM DATANG DARI ARAB DAN TEORI INI DIPERKUATKAN DENGAN BEBERAPA BUKTI.


  • Mubaligh-mubaligh lama Islam di daerah Asia Tenggara terdiri daripada orang-orang Arab berdasarkan nama dan gelaran masing-masing.
       - Nama/gelaran tersebut sama sebutan dan sifatnya dengan nama/gelaran yang terdapat di negeri Arab.

  • Bahasa
       - Bahasa Melayu dipilih sebagai bahasa penyebar Islam
       -Persamaan bahan penulisan & kesusasteraan di Asia Tenggara dengan Semenanjung Tanah Arab.

  • Kegiatan perdagangan
      - Mubaligh datang dan singgah di negara tersebut terlebih dahulu sebelum datang menyebarkan Islam di Asia Tenggara.
       -Sifat dagang telah lama wujud dalam kehidupan masyarakat Arab,

  • Banyak dipengaruhi oleh budaya Arab
      -Amalan menghormati tetamu dan muzuik Melayu seperti dabus tarian zapin.

-NORAISHAH-

10 ADAT MELAYU YANG TIDAK BERTENTANGAN DENGAN ISLAM

 ADAT YANG TIDAK BERTENTANGAN DENGAN ISLAM


  • Adat merisik
-Adat ini dijalankan untuk mengetahui latar belakang gadis yang dihajati.

  • Adat meminang dan bertunang
-Merupakan persetujuan yang telah telah dicapai oleh keluarga di pihak lelaki. 
-Wakil dari pihak lelaki yang biasanya dipilih dari kalangan orang tua-tua akan diutuskan oleh ibu bapa lelaki tersebut untuk mewakili mereka meminang anak dara yang telah dipilih .
-Adat ini mencerminkan budaya Melayu yang amat berhati-hati dalam menentukan jodoh dan menunjukkan kesopanan dalam setiap tingkahlaku.

  • Tahnik bayi ( membelah mulut bayi )
- Sunat untuk dilakukan
- Adat ini dimana kita meletakkan cebisan kurma atau berhati-hati dalam menentukan jodoh dan menunjukkan kesopanan dalam setiap tingkahlaku.

  • Kenduri cukur jambul
-Dilakukan apabila bayi yang baru dilahirkan akan di cukurkan rambutnya pada hari ke-7 mengikut Islam.
-Adat ini diharuskan dalam Islam. 

  • Mengazankan bayi yang baru dilahirkan
-Mengazankan bayi bagi lelaki
-Qamat bagi perempuan
-Sunnah dan baik dilakukan

  • Naik buai
-Upacara naik buai dijalankan dengan cara bayi diletakkan di dalam buaian denagn menggunakan kain songket atau batik dan ditarik perlahan-lahan.
-Semasa upacara dijalankan , nazam dan marhaban akan dialunkan oleh sekumpulan lelaki atau wanita.

  • Adat ( semasa kematian )
-Sebelum jenazah dimasukkan ke dalam keranda, seseorang wakil @ waris si mati akan memberi ucapan ringkas dan memohon ampun dan maaf bagi pihak si mati jika selam hayatnya beliau pernah melakukan dosa.
-Contohnya, minta  dihalalkan hutang jiak belum dilunaskan.

  • Tahlil kepada si mati
- Dilakukan kepada ahli keluarga @ orang yang telah meninggal dunia.
- Adat ini banyak dilakukan oleh orang melayu supaya mendapat timbangan amal kepada kita dan si mati

  • Ziarah menziarahi di hari raya
-Aktiviti ini dapat mengeratkan silaturrahim sesama keluarga.
-Dapat bermaaf-maafan dan menunjukkan kemesraan dan keharmonian sesama umat Islam.

-Noraishah-



REFLEKSI DIRI 09-05-2016

REFLEKSI DIRI NORAISHAH 09-05-2016

ALHAMDULILLAH SYUKUR KE HADRAT ILLAHI KERANA HARI INI DIBERI PELUANG UNTUK SAYA MEMPELAJARI SATU LAGI ILMU BERKAITAN TAMADUN MELAYU DAN DAPAT SAYA KONGSIKAN SEDIKIT SEBANYAK PELAJARAN YANG SAYA DAPAT PADA HARI INI. SAYA DAPAT MEMPELAJARI TENTANG SEJARAH PENCAPAIAN TAMADUN MELAYU DALAM ASPEK KERAJAAN, EKONOMI DAN PENDIDIKAN. SEBAGAI CONTOH, TAMADUN MELAYU DITADBIR OLEH KERAJAAN DAN MEMPUNYAI SISTEM PEMERINTAHAN YANG TERATUR. OLEH ITU DENGAN ADA NYA SISTEM INI MAKA KERAJAAN MELAYU SEMAKIN BERKEMBANG PESAT TAMBAHAN PULA SISTEM EKONOMI YANG KUKUH PADA MASA ITU MEMAINKAN PERANAN PENTING. UMUMNYA SUDAH DIKETAHUI BAHAWA TAMADUN MELAYU INI MEMPUNYAI KEUNIKAN, DAN KEISTIMEWAAN TERSENDIRI DARI SEGI KESOPANAN, KESANTUNAN BAHASA, PENGEKALAN ADAT DAN SEBAGAINYA DIMANA IA TIDAK DAPAT DITANDINGI OLEH TAMADUN LAIN. OLEH ITU, KENALILAH BANGSA MELAYU MAKA KITA PASTI AKAN BERBANGGA MENJADI ORANG MELAYU.

 -NORAISHAH-