Tuesday, June 14, 2016

KERTAS KERJA LAWATAN KE MUZIUM DAN TEMUDUGA TOKOH



 CTU 551 – TAMADUN ISLAM & TAMADUN ASIA

NAMA AHLI KUMPULAN (7 )      :  NURAMIN,AMIN,AISHAH,EYQA,SU DAN TIQAH

KELAS                                               : AP221

MUZIUM YANG DILAWATI         : MUZIUM SULTAN ALAM SHAH

TOKOH YANG DI TEMUDUGA   : DR. OLIVER LING HOON LEH




KATA-KATA ALUAN

Syukur kehadrat ilahi dengan limpah dan kurnianya dapat kami menyelesaikan tugasan ini dengan jayanya. terima kasih tidak terhingga kepada ahli kumpulan kerana saling bekerjasama dan memberikan komimen dalam menjalankan tugasan yang telah diberikan. Tidak lupa juga kepada ustazah mahfuzah binti mohd zabidi kerana telah memberikan tunjuk ajar dan nasihat sepanjang menjalankan kajian ini. selain itu, tidak lupa juga kepada ibu bapa, adik beradik serta rakan-rakan yang lain dalam memberikan tunjuk ajar untuk menyiapkan tugasan ini. 


PENDAHULUAN

Kajian yang kami lakukan ini terletak di Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam. penubuhan Muzium negeri selangor yang ketika ini dikenali dengan nama Muzium Sultan Alam Shah bermula apabila DYMM Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah berkenan menandatangani enakmen no.6 tahun 1975 Negeri Selangor bertarikh 27 Disember 1975.Selepas beberapa tahun jerih-perih ia dirancang, maka pada 2 september 1989, muzium yang menjadi lambang penubuhan kebudayaan Negeri selangor ini pun dirasmikan pembukaannya oleh DYMM Sultan Selangor idi mana istiadat perasmiannya dilakukan dengan penuh acara tradisi melayu. Pentadbiran muzium ini diletakkan di bawah tanggungjawab lembaga muzium selangor.Bahgian permuziuman terletak di tengah bandaraya Shah Alam. Muzium negeri selangor merupakan muzium negeri selangor yang dibangunkan selepas penyerahan kuala lumpur kepada kerajaan pusat pada tahun 1974.


Tujuan kami memilih muzium ini adalah kerana muzium ini terletak berhampiran dengan universiti kami iaitu UITM Puncak Alam. Selain itu, muzium ini juga terletak di tengah bandaraya Shah Alam dan merupakan tarikan utama para pelancong yang datang di Malaysia. Muzium Shah Alam juga terdapat banyak infomasi-informasi yang diperlukan bagi menyelesaikan kajian kami ini.



Berikut merupakan antara dapatan kami di Muzium Shah Alam:

BALAI PAMERAN
1. Balai Sejarah
  
Balai ini mempamerkan pelbagai artifak prasejarah yang dijumpai di tapak penempatan awal manusia di Selangor. Seterusnya, sejarah pentadbiran Selangor dipamerkan melalui ruangan zaman Melaka-Johor, zaman Portugis-Belanda, kedatangan orang Bugis, pembukaan ibu kota, zaman penjajahan dan pra-kemerdekaan, sehinggalah Selangor mencapai status negeri maju pada tahun 2005. Antara koleksi menarik di balai ini adalah serpihan gendang dongson yang dipercayai hasil peninggalan dari zaman gangsa-besi.

2. Balai kebudayaan

Balai ini memaparkan kebudayaan masyarakat daripada pelbagai etnik di Selangor seperti Bugis, Jawa, Minang, Banjar, Mandiling, Rawa dan lain-lain. Keunikan budaya dan gaya hidup yang diamalkan oleh pelbagai etnik di Selangor dipamerkan melalui koleksi peralatan adat resam, kegiatan sastera dan kesenian. Selain itu terdapat juga pakaian dan peralatan tradisional seperti koleksi busana Melayu, alat-alat tembaga, alat bunyi-bunyian, dan senjata tradisional. Kepelbagaian budaya juga turut dihidupkan melalui pameran diorama menarik yang terdapat di balai ini.

3. Balai Warisan alam Semulajadi

Balai ini memaparkan mengenai kekayaan warisan alam semulajadi yang terdapat di Selangor. Kepelbagaian flora dan fauna di Selangor digambarkan melalui diorama terbuka dan haiwan yang diawet seperti spesis ikan, hidupan liar, binatang buas, spesis serangga, belalang, kupu-kupu dan lain-lain. Antara tarikan menarik yang dipamerkan ialah replika “Buaya Puchong”, buaya tembaga terbesar yang dijumpai di Semenanjung Malaysia. Selain itu, pengunjung juga boleh mengalami sendiri pengalaman memasuki gua batu melalui replika yang terdapat di balai ini.

4. Balai Sukan

Pameran di balai ini menceritakan mengenai sejarah bidang sukan dan ahli sukan terkenal di Selangor. Detik kegemilangan dan jasa anak-anak negeri Selangor dalam pelbagai bidang sukan yang diceburi diabadikan di balai pameran ini untuk tatapan generasi masa kini dan akan datang agar masyarakat terutamanya penduduk negeri Selangor dapat mengetahui, mempelajari dan memahami sumbangan ahli-ahli dan tokoh sukan berkenaan kepada Selangor dan negara Malaysia.

5. Balai Islam
Pameran di balai ini menumpukan tentang penerapan agama Islam di dalam budaya dan gaya hidup masyarakat tempatan termasuklah sejarah awal kedatangan dan perkembangan agama Islam di Selangor. Sebahagian daripada artifak menarik yang dipamerkan adalah model masjid-masjid lama, mimbar, beduk, kubah, bekas wuduk, tempayan, pinggan mangkuk, senjata, kitab-kitab lama dan sebagainya. Turut dipamerkan ialah mimbar masjid Selayang yang digunakan pada awal tahun 1880-an dan dipercayai merupakan mimbar paling tua di Selangor.

6. Pameran Luar


Selain daripada koleksi dan artifak di balai-balai pameran, terdapat juga koleksi Muzium Sultan Alam Shah yang dipamerkan di luar bangunan muzium. Antaranya ialah kereta mantan Menteri Besar Selangor yang pertama, kereta perisai model Ferret, kepala dan gerabak Keretapi Tanah Melayu, sistem radar dan kapal terbang.

Perbincangan yang kami lakukan adalah mengenalpasti sejarah-sejarah serta artifak lama yang ditinggalkan oleh orang terdahulu. Perkara baru yang kami perolehi adalah sikap saling bekerjasama antara satu sama lain. 


Thursday, June 2, 2016

REFLEKSI DIRI 16-05-16

REFLEKSI DIRI 16/5/16

Alhamdulillah syukur ke hadrat illahi dengan limpah kurnianya dapat lagi bersua muka kali ini untuk saya berkongsi tentang keistimewaan tamadun Melayu. Tamadun Melayu sememangnya terkenal dengan kelembutan, kehalusan dan kesopanan sama ada dari segi bahasa, tingkahlaku mahupun perbuatan. Kedatangan Islam ke Tanah Melayu telah menampakkan kecemerlangan serta kemajuan. Jika dibandingkan ketamadunan Melayu dulu dan sekarang sememangnya ketara sekali. Tambahan pula banyak pengaruh yang dapat mempengaruhi anak muda pada masa sekarang. Jadi kita sebagai hamba yang bertaqwa perlulah mengekalkan adat Melayu demi kemajuan sesebuah tamadun kita. Oleh itu, apa yang saya belajar pada hari ini ialah kita janganlah mudah terpengaruh dengan budaya luar. Kekurangan keyakinan kepada Allah akan menyebabkan manusia dengki dan iri hati lalu mudah terjebak dengan perkara yang dapat memesongkan akhlak manusia sekaligus meragut kepercayaan bahawa rezeki itu bukan datang daripada Allah. Jadi fahamilah dan kenalilah adat Melayu nescaya kita dapat mengekalkan warisan kita.

-Noraishah-

Wednesday, June 1, 2016

Mengapakah rakyat mesti diilmukan dengan mengambil contoh kerajaan Melayu Melaka

Mengapakah rakyat mesti diilmukan dengan mengambil contoh kerajaan Melayu Melaka:-

1. Sultan yang memerintah Melaka pada ketika itu telah melakukan kesilapan yang sangat besar antaranya melantik pembesar-pembesar yang gilakan kuasa serta korup

2. Sultan Melaka ketika itu yang dikatakan sering berfoya-foya dengan penzinaan & arak serta rasuah.

3. Mempunyai unsur luar yang dapat menggunakan kelemahan dalaman untuk kepentingan & faedah politk, dan perniagaan mereka.


HOMEWORK 18/4/2016

SENARAIKAN 3 PANTANG LARANG ORANG MELAYU DAN APAKAH TUJUANNYA.


  1. Tidak boleh makan berpindah tempat
-Kerana takut kahwin ramai, sebenarnya takut bersepah dari suatu tempat ke suatu tempat2

       2. Jangan memukul, mendera @ mencederakan mana-mana binatang dikhuatiri anak yang bakal dilahir mengalami kecacatan

-Bagi mengelakkan penganiayaan terhadap haiwan

       3. Anak gadis tidak boleh menyanyi sewaktu memasak
- Kerana akan dapat suami tua, sebenarnya takut masakan hangus.

-NORAISHAH-

Mengapa teori dari Arab yang paling sahih

* MENURUT SYED NAQUIB AL ATTAS, BELIAU TELAH MENYATAKAN BAHAWA ISLAM DATANG DARI ARAB DAN TEORI INI DIPERKUATKAN DENGAN BEBERAPA BUKTI.


  • Mubaligh-mubaligh lama Islam di daerah Asia Tenggara terdiri daripada orang-orang Arab berdasarkan nama dan gelaran masing-masing.
       - Nama/gelaran tersebut sama sebutan dan sifatnya dengan nama/gelaran yang terdapat di negeri Arab.

  • Bahasa
       - Bahasa Melayu dipilih sebagai bahasa penyebar Islam
       -Persamaan bahan penulisan & kesusasteraan di Asia Tenggara dengan Semenanjung Tanah Arab.

  • Kegiatan perdagangan
      - Mubaligh datang dan singgah di negara tersebut terlebih dahulu sebelum datang menyebarkan Islam di Asia Tenggara.
       -Sifat dagang telah lama wujud dalam kehidupan masyarakat Arab,

  • Banyak dipengaruhi oleh budaya Arab
      -Amalan menghormati tetamu dan muzuik Melayu seperti dabus tarian zapin.

-NORAISHAH-

10 ADAT MELAYU YANG TIDAK BERTENTANGAN DENGAN ISLAM

 ADAT YANG TIDAK BERTENTANGAN DENGAN ISLAM


  • Adat merisik
-Adat ini dijalankan untuk mengetahui latar belakang gadis yang dihajati.

  • Adat meminang dan bertunang
-Merupakan persetujuan yang telah telah dicapai oleh keluarga di pihak lelaki. 
-Wakil dari pihak lelaki yang biasanya dipilih dari kalangan orang tua-tua akan diutuskan oleh ibu bapa lelaki tersebut untuk mewakili mereka meminang anak dara yang telah dipilih .
-Adat ini mencerminkan budaya Melayu yang amat berhati-hati dalam menentukan jodoh dan menunjukkan kesopanan dalam setiap tingkahlaku.

  • Tahnik bayi ( membelah mulut bayi )
- Sunat untuk dilakukan
- Adat ini dimana kita meletakkan cebisan kurma atau berhati-hati dalam menentukan jodoh dan menunjukkan kesopanan dalam setiap tingkahlaku.

  • Kenduri cukur jambul
-Dilakukan apabila bayi yang baru dilahirkan akan di cukurkan rambutnya pada hari ke-7 mengikut Islam.
-Adat ini diharuskan dalam Islam. 

  • Mengazankan bayi yang baru dilahirkan
-Mengazankan bayi bagi lelaki
-Qamat bagi perempuan
-Sunnah dan baik dilakukan

  • Naik buai
-Upacara naik buai dijalankan dengan cara bayi diletakkan di dalam buaian denagn menggunakan kain songket atau batik dan ditarik perlahan-lahan.
-Semasa upacara dijalankan , nazam dan marhaban akan dialunkan oleh sekumpulan lelaki atau wanita.

  • Adat ( semasa kematian )
-Sebelum jenazah dimasukkan ke dalam keranda, seseorang wakil @ waris si mati akan memberi ucapan ringkas dan memohon ampun dan maaf bagi pihak si mati jika selam hayatnya beliau pernah melakukan dosa.
-Contohnya, minta  dihalalkan hutang jiak belum dilunaskan.

  • Tahlil kepada si mati
- Dilakukan kepada ahli keluarga @ orang yang telah meninggal dunia.
- Adat ini banyak dilakukan oleh orang melayu supaya mendapat timbangan amal kepada kita dan si mati

  • Ziarah menziarahi di hari raya
-Aktiviti ini dapat mengeratkan silaturrahim sesama keluarga.
-Dapat bermaaf-maafan dan menunjukkan kemesraan dan keharmonian sesama umat Islam.

-Noraishah-



REFLEKSI DIRI 09-05-2016

REFLEKSI DIRI NORAISHAH 09-05-2016

ALHAMDULILLAH SYUKUR KE HADRAT ILLAHI KERANA HARI INI DIBERI PELUANG UNTUK SAYA MEMPELAJARI SATU LAGI ILMU BERKAITAN TAMADUN MELAYU DAN DAPAT SAYA KONGSIKAN SEDIKIT SEBANYAK PELAJARAN YANG SAYA DAPAT PADA HARI INI. SAYA DAPAT MEMPELAJARI TENTANG SEJARAH PENCAPAIAN TAMADUN MELAYU DALAM ASPEK KERAJAAN, EKONOMI DAN PENDIDIKAN. SEBAGAI CONTOH, TAMADUN MELAYU DITADBIR OLEH KERAJAAN DAN MEMPUNYAI SISTEM PEMERINTAHAN YANG TERATUR. OLEH ITU DENGAN ADA NYA SISTEM INI MAKA KERAJAAN MELAYU SEMAKIN BERKEMBANG PESAT TAMBAHAN PULA SISTEM EKONOMI YANG KUKUH PADA MASA ITU MEMAINKAN PERANAN PENTING. UMUMNYA SUDAH DIKETAHUI BAHAWA TAMADUN MELAYU INI MEMPUNYAI KEUNIKAN, DAN KEISTIMEWAAN TERSENDIRI DARI SEGI KESOPANAN, KESANTUNAN BAHASA, PENGEKALAN ADAT DAN SEBAGAINYA DIMANA IA TIDAK DAPAT DITANDINGI OLEH TAMADUN LAIN. OLEH ITU, KENALILAH BANGSA MELAYU MAKA KITA PASTI AKAN BERBANGGA MENJADI ORANG MELAYU.

 -NORAISHAH-

REFLEKSI DIRI 23-05-16

REFLEKSI 23-05-2016

Tamadun Islam merupakan cerminan ajaran Islam yang lengkap dan mencukupi segala aspek kehidupan. Kejayaan sesebuah tamadun itu bergantung pada disiplin diri umat masing-masing. Kita sebagai hamba Allah perlulah mempunyai kepercayaan yabg tetap dan teguh pada yang satu. Contohnya, walaupun ada banyak agama di dunia ini kita jangan mudah terpengaruh. Kesedaran yang kuat pada hati perlu ada dalam diri setiap insan agar kehebatan tamadun itu dapat dikekalkan. Oleh itu, kita mestilah ikut ajaran Rasulullah kerana zaman Nabi di Mekah merupakan cara yang menunjukkan tentang hari kiamat.

-NORAISHAH-

Wednesday, May 4, 2016

REFLEKSI DIRI 4 APRIL 2016

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang,


Alhamdulillah segala pujian bagi Allah Tuhan yang mentadbir seluruh alam ini. Pembelajaran yang dapat saya belajar hari ini ialah tentang pencapaian tamadun melayu dalam aspek politik & sosial. 

Istilah melayu 

- Perkataan Malaya, iaitu kependekan 'hima alaya'. 'Alaya' bermaksud 'tempat' manakala 'hima alaya' bermaksud 'tempat bersalji'.

- Perkataan Malayapura yang bermaksud 'kota melayu' atau 'kerajaan Melayu'.

- Perkataan bahasa Jawa kuno, mlayu yang bermaksud 'mengembara' atau 'pergi ke mana-mana'

Pencapaian tamadun melayu dalam aspek politik 

- Sultan berperanan sbg ketua dalam agama islam dan ketua negara
- Gelaran raja bertukar kepada sultan dan disamakan dgn khalifah
- Agama Islam sbg rasmi di Melaka
- Dasar Pragmatik menstabilkan politik Melaka

Pencapaian tamadun melayu dalam aspek sosial

sistem kekeluargaan 

  1. Pendidikan terhadap anak-anak Melayu
  2. Dalam sistem perkahwinan
adat & cara

  1. Pembaharuan adat resam
  2. Penghormatan terhadap golongan bawahan
-suhaida-



Sunday, April 24, 2016

10 ADAT MELAYU YANG BERTENTANGAN DENGAN ISLAM

 HOMEWORK 10 APRIL 2016


  1. Adat melenggang perut
-Merupakan upacara semasa kelahiran bayi. Bahan-bahan yang digunakan ialah beras kunyit dan kelapa  yang bertujuan agar ibu dapat melahirkan bayi dengan mudah. Adat ini merupakan kepercayaan animisme dimana ia bertujuan untuk mengelakkan daripada diganggu  hantu penanggal. Adat ini sangat bertentangan kerana telah membuatkan manusia percaya akan benda atau kuasa lain daripada bergantung kepada Allah. 

      2. Tangkal pertahankan diri

- Ianya bertentangan dengan Islam kerana kita meminta pertolongan dari syaitan dan mempercayai bahawa kuasa tangkal lebih hebat dari segalanya.

      3. Upacara persandingan

- Merupakan satu bentuk pemujaan dalam agama Hindu, yang mengagungkan Dewa Rama dan Dewa Sita dimana kedua-dua mempelai di arak, disanjung serta dipuja. Penggunaan sireh pinang, beras kunyit merupakan pengaruh Hindu dan beras kunyit ialah bertujuan untuk memberi semangat kepada pengantin.

       4. Ancak/ Saka

- Ancak diperbuat daripada buluh atau daun pisang yang diisi demgan pulut kuning, ketupat dan sebagainya untuk diberikan makan kepada jin, keturunan  @ jin penjaga supaya menjaga keluarganya.

      5. Puja kubur Si mati

- Merupakan amalan khurafat. Upacara ini dilakukan kerana mereka menyangka bahawa memuja kubur boleh mendapat apa yang dihajatkan dan diminta. Kebiasaannya, beberapa jenis makanan atau 'jamu' seperti ayam panggang, bertih, pulut kuning, pisang emas dibawa dan diletakkan di atas kubur bertujuan 'menjamu jin',

        6. Cucu jin

- Merupakan adat meminta izin tok nenek untuk membuang air semasa di dalam hutan atau di tempat-tempat yang sunyi. Kononnya jika tidak meminta izin kemungkinan orang itu akan disampuk oleh penunggu tempat itu.

         7.  Adat mendirikan rumah baru

- Adat ini diperbuat seperti menggantungkan kelapa muda di setiap tiang rumah, menanam besi, emas, perak tembaga sebagai perlindungan untuk rumah baru. Perlakuan ini jelas sekali bercanggah dengan al-Quran dan hadis. Sebenarnya uapcara tersebut lebih daripada upacara menjamu jin dan tidak ada kena mengena dengan keselamatan dan kesejahteraan penghuni rumah itu.

         8. Pemujaan tanduk kerbau

- Tanduk kerbau dijadikan bahan pemujaan oleh sesetengah kumpulan manusia yang mempercayai terdapat kuasa lain di tanduk tersebut. Adat ini sememangnya salah disisi Islam kerana kita menyekutukan Allah dan berharap pada benda lain.

         9. Adat memuja semangat padi

-  Terdapat kepercayaan kepada semangat padi di mana manusia berpendapat rezeki boleh ditambah dan dikurang melalui pemujaan ini.

         10. Adat mandi bunga/ mandi safar

- Ada sesetengah pihak berpendapat bahawa mandi bunga dapat membuang bala dan kecelakaan. Adat ini akan memesongkan akidah umat Islam kerana bergantung pada tradisi lama dan bukan kepada Allah.

-Noraishah-

MENGAPA TEORI DARI ARAB YANG PALING SAHIH

  homework 4 April 2016

Menurut Syed Muhammad Naquib Al-Attas, beliau telah menyatakan bahawa Islam datang dari Arab dan teori ini diperlukan dengan beberapa bukti.


  • Mubaligh-mubaligh lama Islam di daerah Asia Tenggara terdiri  daripada orang-orang Arab berdasarkan nama dan gelaran masing-masing.

       -Nama dan gelaran tersebut sama sebutan dan sifatnya dengan nama dan gelaran yang terdapat di negeri Arab.


  • Bahasa
       -Bahasa Melayu dipilih sebagai bahasa penyebar Islam
       -Persamaan bahan penulisan & kesusasteraan di Asia Tenggara dengan Semenanjung Tanah Arab.

  • Kegiatan perdagangan                                                                                                                                                                                                                                                                             -Mubaligh datang dan singgah di negara tersebut terlebih dahulu sebelum datang menyebarkan Islam di Asia Tenggara.                                                                                                                   -Sifat-sifat dagang telah lama wujud dalam kehidupan masyarakat Arab.                                                                                                                                                                                               
  • Banyak dipengaruhi oleh budaya Arab                                                                                                                                                                                                                                                      -Amalan menghormati tetamu dan muzik Melayu seperti darbus dan tarian zapin.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                    -NORAISHAH-                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                  

Hujah yang menolak Islam datang dari China.

Homework 4 April 2016

Hujah yang menolak Islam datang dari China.


  • Penemuan batu nisan.
        -Beberapa batu nisan yang hampir sama dengan batu nisan di Pekan  dan Leran turut dijumpai di Phangrang , Kemboja. ( juga dikenali sebagai Champa).
         -Contohnya, Di Langgar, Kedah turut dijumpai batu nisan milik Syeikh Abdul Qadir ibn Husain Syah Alam-903m.

  • Dinasti Thang
       -Pemberontakan Dinasti Thang pada 618.906m-5000 para pedagang asing termasuk komuniti Arab telah dibunuh.
       -Para pedagang yang terselamat telah berhijrah ke Champa, Nusantara demi mendapat perlindungan.

  •  Peristiwa di Pelabuhan Conton
      -Sekitar tahun 878m, pada zaman Hsi Tzung peristiwa krisis etnik di Pelabuhan Conton berlaku.
      -Kediaman & nyawa para pedagang asing di sana banyak musnah disebabkan pemberontakan bangsa setempat.
      -Lebih 1000 nyawa terkorban.


-Noraishah-

Hujah yang menolak teori kedatangan Islam datang dari India.

Homework 4 April 2016

Hujah yang menolak teori kedatangan Islam datang dari India.

  • Agama Hindu merupakan suatu amalan susun lapis masyarakat yang dipertahankan oleh golongan raja dan bangsawan sahaja sedangkan rakyat tidak mempedulikan ajaran agama tersebut.
  • Agama Hindu hanya dianuti dan diamalkan oleh golongan raja dan bangsawan sahaja. Antaranya ialah :-
  1.  Falsafah agama Hindu sendiri dikatakan tidak mempengaruhi masyarakat Melayu Nusantara kerana masyarakat pada ketika itu lebih cenderung kepada sifat kesenian dalam agama Hindu bukannya falsafah.
  2.  Tumpuan agama Hindu iaitu epik kesusasteraan, roman, mitos dan sastera keperwiraan.
  • Penulisan puisi Jawa/Hindu oleh Empu Kanwa sendiri dalam puisinya Arjuna Wiwaha bertumpu kepada falsafah hidup golongan bangsawan dan mengagungkannya dengan unsur mitos yang keterlaluan dan masyarakat seolah-olah dianggap jahil-didominasi oleh kisah dongeng dewa.
  1. Penemuan batu nisan di Pasai pada 1428m dan di Gerisik pada 1419m oleh Morquette. Bentuk fizikal kedua-dua batu nisan ini mempunyai ciri persamaan dengan batu nisan di Gujerat.          ( Pendapat Syed Naquib Al Attas, asas perjumpaan batu nisan ini tidak munasabah.


-Noraishah-

Homework 3

28 mac 2016

1. Apakah maksud ilmu ?

2. Apakah sifat-sifat bukan ilmu ?

3. Apakah tujuan sebenar ilmu ?

4. Antara kategori-kategori ilmu ? (penting/tidak penting)

-suhaida-


REFLEKSI DIRI 28 MAC 2016

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang,

Assalamualaikum, Alhamdulillah segala pujian bagi Allah Tuhan yang mentadbir seluruh alam ini. Pembelajaran hari ini mengenai Tamadun Islam(ajaran Islam). Tamadun Islam tidak sama dengan tamadun lain. Tamadun Islam bermula dengan wahyu yang diberi kepada Rasulullah s.a.w yang disampaikan melalui para jibril oleh Allah s.w.t . Matlamat wahyu ialah untuk menjaga kemuliaan roh, membantu roh tunaikan perjanjian dan melindungi kita dari malapetaka. Wahyu bersifat Syumuliyyah(menyeluruh).

Info tambahan :


  1. Bila wahyu itu mati ? apabila para ulamak meninggal. 
  2. kiamat berlaku apabila ... ? = tidak ada seorang pun tahu azan/mengenal Allah
Definisi tamadun islam
-bermula di makkah berkembang di madinah dan seterusnya tersebar seluruh tempat, kini umat islam berada hampir di seluruh pelosok dunia.

Faktor kelahiran
  • dorongan ajaran Islam yg menekankan kemantapan akidah dibina atas keyakinan berasaskan ilmu.
  • wahyu pertama diturunkan ialah iqra sebagai simbol kepentingan belajar.
  • Islam pentingkan ilmu pengetahuan dan penggunaan akal
  • ajaran islam berpegang kepada Al-quran dan Sunnah.
Faktor kegemilangan
  • kemantapan iman
  • sumber ekonomi yang banyak
  • politik yg stabil
  • kegiatan keilmuan yg meluas
Faktor kemerosotan
  • pemerintahan yang lemah
  • sumber ekonomi yg terhad
  • kegiatan keilmuan tidak berkembang
-suhaida-


Homework 2

21 mac 2016

Bagaimana manusia dapat mengenal Allah ?

Pertama, dengan cara mendengar dan mengutip
iaitu mendengar apa yang telah diberitakan oleh Allah s.w.t. Sebagai contoh, tentang nama-nama-Nya yang mulia dan sifat-sifatNya yang sempurna di dalam kitab-kitab suci dan melalui lisan-lisan para Rasul.

Kedua, dengan akal, maksudnya mengfungsikan akal fikiran untuk merenungkan tentang alam raya (makhluk) ini dan mengambil pengajaran dari semasa kejadian, kemudian menjadikan semua itu sebagai dalil atau bukti Yang Maha Menciptakannya yang tiada lain adalah Allah, tiada Tuhan kecuali Dia Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang.

 Kesimpulannya, yang dimaksudkan dalam mengenal Allah ini adalah yang akan membuahkan rasa takut kepada-Nya. tawakal, berharap, menggantungkan diri dan ketundukkan hanya kepada-Nya. Sehingga kita bisa mewujudkan segala bentuk ketaatan dan menjauhi segala apa yang dilarangNya.

  Oleh itu, mengenal Allah ada 4 cara iaitu dengan mengenal wujudnya Allah, mengenal Rububiyah Allah (mengesakan Allah, dzat Allah) , mengenal Uluhiyah Allah (bentuk beribadat ; berdoa, bertawakal) dan mengenal nama-nama dan sifat-sifat Allah

(Dzat Allah : menciptakan,mematikan,memberi rezeki)

-suhaida-



REFLEKSI DIRI 21 MAC 2016

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang,

Syukur Alhamdulillah hari ini saya dapat belajar banyak perkara baru. Salah satunya adalah, ''Apakah sifat roh yang sebenar?'' Roh ini tidak pelupa , yang dikatakan sifat pelupa adalah jasadnya. Roh juga bersifat mulia kerana memang pada mulanya kita sudah memilih Allah sebagai Tuhan kita tanpa menolak. Kita memilih Allah ini secara aware (sedar), willing (sedar). Roh juga berasal dari Nur iaitu cahaya Muhammad. 

perbezaan Roh dan Jasad :

Roh 

  • mulia
  • ada pilihan
  • kenal
Jasad
  • berehat
  • makan/minum
  • nafsu
  • pemarah
Info tambahan :
  1. terdapat 2 jenis dosa iaitu melalui zahir (nampak) dan batin (tidak nampak)
-suhaida-

Surah Al-A'raf (juzu' 7)

17 mac

ayat 172


Dan (ingatlah) ketika Tuhan-mu mengeluarkan dari sulbi (tulang belakang) anak cucu adam keturunan mereka dan Allah Mengambil kesaksian terhadap roh mereka (seraya berfirman) ''Bukankah Aku ini Tuhan-Mu?'' Mereka menjawab, ''Betul (Engkau Tuhan kami), kami bersaksi. '' (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan, ''Sesungguhnya ketika itu kami lengah terhadap ini''.

ayat 173

atau agar kamu tidak mengatakan, ''sesungguhnya nenek moyang kami telah mempersekutukan Tuhan sejak dahulu, sedang kami adalah keturunan yang (datang) setelah mereka. Maka apakah Engkau akan membinasakan kami kerana perbuatan orang-orang (dahulu) yang sesat?''

ayat 174

Agar orang-orang musyrik itu jangan mengatakan bahwa nenek moyang mereka dahulu telah mempersekutukan Tuhan, sedang mereka tidak tahu bahawa persekutukan Tuhan itu salah, tidak ada jalan bagi lagi mereka, hanya meniru nenek moyang mereka yang mempersekutukan Tuhan. Karena itu mereka menganggap mereka tidak patut diseksa kerana kesalahan nenek moyang mereka.

-suhaida-

Homework 1

17 mac 2016

1.1 Konsep tamadun

1. Sifat utama manusia
 (dari segi rohani)

  • akal fikiran - akal fikiran berkeupayaan menerima ilmu, berfikir, membezakan baik dan buruk, boleh diajar dan dididik serta boleh menyampaikan kepada orang lain.
  • keimanan yang utuh - dengan keimanan, lahirlah individu yang unggul dan masyarakat yang berbudi luhur, berdisiplin dan beramanah demi kebaikan dunia dan akhirat.
(dari segi jasad)
  • perlaksanaan amal ibadat - seseorang yang berperibadi unggul akan mengambarkan jelas keimanannya melalui amal perbuatan dalam kehidupan sehariannya.
2. Maksud tamadun

a. Tamadun bermaksud keadaan hidup bermasyarakatan yang bertambah maju
b. Umran yang diperkenalkan oleh Ibn Khaldun pula bermaksud membangun atau memakmurkan bandar
c. Hadarah yang juga diperkenalkan oleh Ibn Khaldun bermaksud sesuatu wilayah, daerah, kota, bandar, kampung atau tanah yang diusahakan.

3. Ciri tamadun yang sejahtera
  • keunggulan ilmu pengetahuan- sejarah islam menunjukkan bahawa kota-kota besar yang masyur adalah disebabkan kegiatan keilmuan mereka yang berjalan dengan rancak.
  • kestabilan dalam negara - sebagai contoh, melalui hubungan antara kaum. Keharmonian kaum dan toleransi telah ditekankan semenjak zaman Rasulullah s.a.w
  • kestabilan pemerintahan dan pentadbiran politik - tanpa kestabilan politik dan pemerintahan, pasti keunggulan tamadun Islam tidak akan bertahan lama dan ia akan berkubur dengan kelemahan kepimpinan.
4. Tamadun awal (persamaan, kepercayaan, penempatan, bahasa)
5. Faktor kelahiran dan kejatuhan tamadun
    Faktor kelahiran
  • lokasi strategik - lokasi yang memungkinkan penempatan masyarakat mendapat sumber-sumber semula jadi untuk kelangsungan kehidupan.
  • rangsangan agama dan kerohanian - ajaran agama dan amalan rohani mendorong penghayatan nilai murni dan suci seterusnya kehidupan bertamadun.
  • kemantapan ekonomi - berkembang di kawasan lembah sungai. Wujud revolusi pertanian dan aktiviti perikanan serta perdagangan.
    Faktor kejatuhan
  • sikap tertutup - sikap tertutup tidak mahu menerima tamadun lain
  • keruntuhan nilai moral - berlakunya kejahilan dan banyak berlaku rasuah
  • keruntuhan institusi sosial - individu yang pincang, keruntuhan institusi keluarga

-suhaida-

REFLEKSI DIRI 17 MAC 2016

Assalamualaikum . Alhamdulillah segala pujian bagi Allah Tuhan yang mentadbir seluruh alam ini. Pada hari ini saya akan berkongsikan mengenai apa itu maksud tamadun. Ibn Manzur(1997) dalam Lisan al-Arab menggunakan istilah madaniah,tamadun dan hadarah bagi menggambarkan erti tamadun. Ibn Khaldun (1990) dalam kitabnya Muqaddimah Ibn Khaldun telah mengemukakan istilah umran dan hadarah bagi memberi definisi tamadun sebagai beberapa keadaan dan peristiwa biasa yang melebihi dari patut, terbit dari peristiwa -peristiwa pembangunan. Tamadun mungkin bertambah dengan bertambahnya kemajuan. 

Dengan kata lain tamadun ini boleh dikait rapat dengan peradaban, di mana ia sentiasa berhubung dengan manusia. Manusia merupakan penggerak tamadun. Manusia membina tamadun dengan menggunakan akal supaya mereka dapat berfikir, mengingati dan mencetuskan idea yang pelbagai. Sebagai contoh, manusia ini sebenarnya boleh buat sesuatu benda yang sedia ada dengan membayang masa depan. 

info tambahan :

1. Mengapakah manusia diberi akal ?
a. kerana manusia mempunyai tanggungjawab sendiri 
b. dapat mengenal Allah
c. untuk menjadi khalifah supaya dapat mentakbir alam

2. takdir boleh berubah dengan 2 cara
a. doa
b. rahmat Allah

-suhaida-




Saturday, April 16, 2016

REFLEKSI DIRI 28 MAC

Isnin 28/3/2016

Refleksi saya mengenai  tajuk ini ialah saya dapat mengetahui tentang konsep sebenar tamadun Islam di mana ajaran Islam itu mempunyai ciri-ciri keistimewaan tersendiri dan sangat unik. Sebagai contoh, manusia mempunyai petunjuk daripada al-Quran dan Rasulullah untuk dijadikan panduan dalam kehidupan seharian. Dalam aspek ini, saya dapat mempelajari bahawa sebenarnya manusia merupakan khalifah Allah yang bersungguh untuk memakmurkan alam dan melaksanakan tanggungjawab dengan adil berdasarkan panduan dari wahyu Allah iaitu al-Quran. Kesimpulannya, kita sebagai hamba Allah perlulah menjalankan perintahnya dan meninggalkan larangannya.

-NORAISHAH-

REFLEKSI DIRI 21 MAC

ISNIN 21/3/2016

Syukur Alhamdulillah pada minggu ini  saya dapat belajar tentang satu tajuk yang sangat mencabar bagi saya untuk di bawa iaitu sifat-sifat roh. Apa yang saya belajar pada minggu ini ialah mengenai sifat sebenar roh. Roh yang baik sebenarnya merupakan penggerak yang sejahtera. Tambahan pula, manusia secara fitrahnya mempunyai roh yang suci. Oleh itu, kita sebagai manusia perlulah mengharmonikan jasad kita dengan melakukan perkara positif dan mulia, kerana hubungan manusia dengan Allah itu tidak akan pernah putus sampai bila bila. Apa sahaja yang dilakukan oleh manusia akan dinilai oleh Allah, disebabkan itulah Allah boleh menghancurkan umatnya hanya untuk generasi akan datang. Namun harus diingat bahawa Allah melakukan sedemikian bukan kerana menghukum tetapi mahu menjadikan generasi akan datang itu lebih mulia dari sebelumnya.  Kesimpulannya, kita perlulah mengawal dan mendidik nafsu kita dari melakukan kemurkaan kepada Allah kerana jasad yang baik bermula dari roh yang sihat maka dari itu ia dapat melahirkan hamba yang bertaqwa.

-Noraishah-


REFLEKSI DIRI 17 MAC


ISNIN 17./3

Pembelajaran saya yang saya dapat pada hari ini ialah tentang hubungan manusia di dunia dengan dunia lain seperti alam roh, rahim, dunia, kubur, dan akhirat. Dari situ, saya dapat mendalami lebih mendalam tentang kewujudan lima alam yang dilalui oleh manusia.. Kehidupan manusia di setiap alam itu berbeza-beza. Manusia juga diberi kelebihan untuk membuat pilihan dalam kehidupan masing-masing melalui kurniaan akal. Oleh itu, kita sebagai hamba Allah perlulah menjalani hidup dengan sentiasa merendah diri dan sering melakukan amal kerana hidup di dunia ini hanyalah merupakan jambtan kepada akhirat. Selain itu, manusia mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri yang dikurniakan oleh Tuhan. Kesimpulannya, kita sebagai hamba mestilah sentiasa menilai dan muhasabah diri sendiri.

-NORAISHAH-

Saturday, April 2, 2016

Refleksi Diri 28 Mac 2016

ISNIN / 28 MAC 2016

ALHAMDULILAH SEGALA PUJIAN BAGI ALLAH TUHAN YANG MENTADBIR SELURUH ALAM INI. PADA HARI INI SAYA AKAN BERKONGSIKAN MENGENAI RASULULLAH SAW. SEPERTI YANG KITA SEMUA TAHU, RASULULLAH MERUPAKAN SEORANG YANG LUAR BIASA KERANA BELIAU MEMPUNYAI MUKJIZAT SERTA BERSIFAT MAKSUM( TERPELIHARA DARIPADA DOSA ). ANTARA MUKJIZAT YANG TELAH DIBERIKAN IAITU AL-QURAN, ISRAK&MIKRAJ, WAHYU DAN SEBGAINYA. AL-QURAN YANG TELAH DITURUNKAN KEPADA KITA MERUPAKAN PANDUAN HIDUP SESEORANG MUSLIM SERTA MEMPUNYAI KISAH ZAMAN TERDAHULU. OLEH ITU, SEBAGAI SEORANG MUSLIM SAYA MENYERU AGAR SEMUA ORANG LEBIH KERAP MEMBACA AL-QURAN SERTA TAFSIRAN AL-QURAN DISAMPING MEMBERIKAN KITA KETENANGAN DAN MENDAPAT PAHALA. IN SHAA ALLAH DENGAN MEMBACA AL-QURAN DAPAT MEMBERIKAN KETENANGAN SERTA KEBAHAGIAAN HIDUP DIDUNIA & DIAKHIRAT. SEKIAN, TERIMA KASIH.

-MUHDAMIN-

Refleksi Diri 21 MAC 2016

ISNIN / 21 MAC 2016

ALHAMDULILAH SEGALA PUJIAN BAGI ALLAH TUHAN YANG MENTADBIR SELURUH ALAM SEMESTA INI. PADA HARI INI SAYA AKAN BERKONGSIKAN MENGENAI, SAYA AKAN BERKONGSIKAN MENGENAI SIFAT-SIFAT ROH DAN MANUSIA. SIFAT-SIFAT ROH TERDIRI DARIPADA MULIA,SUCI. ROH JUGA TERIKAT DENGAN JASAD KITA. SELAIN ITU, ROH DIJADIKAN DARIPADA NUR MUHAMMAD. SECARA SEDAR & SUKARELA APABILA DITANYA OLEH ALLAH SWT  "ADAKAH AKU TUHAN KAMU?" MAKA KAMI MENJAWAB "YA, KAMULAH TUHAN KAMI". KITA SEMUA YAKIN BAHAWA KITA KENAL ALLAH S.W.T DAN ALLAH SWT TIDAK BERHAJAT KEPADA MAHLUKNYA. SETERUSSNYA SIFAT-SIFAT MANUSIA TERDIRI DARIPADA BEREHAT,MAKAN/MINUM, PEMARAH DAN JASAD JUGA MEUPAKAN PELUPA. PELUPA APA? PELUPKA AKAN PERJANJIAN KITA DENGAN ALLAH SWT SEJAK AZALI LAGI. OLEH ITU, SAYA AKAN CUBA MEMPERBAIKI DIRI SENDIRI DAN CUBA BERUSAHA MENGAJAK ORANG LAIN KE ARAH KEBAIKAN. IN SHAA ALLAH. HAL INI DEMIKIAN KERANA DEMI MENJAGA KESUCIAN ROH YANG ADA DI DALAM JASAD KITA AGAR KITA DAPAT MENJADI PENGGERAK TAMADUN YANG SEJAHTERA. SEKIAN, TERIMA KASIH.

-MUHDAMIN-

Refleksi Diri 17 MAC 2016

KHAMIS /17 MAC 2016

ALHAMDULILAH SEGALA PUJIAN BAGI ALLAH TUHAN YANG MENTADBIR SELURUH ALAM SEMSETA INI. PADA HARI INI, SAYA INGIN BERKONGSIKAN MENGENAI APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN TAMADUN. TAMADUN BERERTI KEBUDAYAAN, KEMAJUAN ATAU PERADABAN DAN IANYA BERASAL DARIPADA PERKATAAN ARAB IAITU ADAB. SAYA JUGA INGIN MENYENTUH MENGENAI DOA YANG TELAH USTAZAH MAHFUZAH CERITAKAN KERANA SEGALA TAKDIR DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN KITA DAPAT DIUBAH MELALUI DOA DAN RAHMAT ALLAH S.W.T. ALLAH BERHAK MEMBERIKAN RAHMAT KEPADA MAHLUKNYA. OLEH ITU, SELEPAS INI SAYA AKAN CUBA MEMEPERBANYAKAN BERDOA SERTA LEBIH YAKIN AKAN PERTOLONGAN DARI-NYA, IN SHAA ALLAH KERANA DOA ADALAH SENJATA ORANG MUKMIN. SEKIAN, TERIMA KASIH.

-MUHDAMIN-

                            TAMADUN



Apakah itu tamadun? Pelbagai tanggapan dan juga definisi yang dapat dihuraikan setelah taaruf tentang tamadun ini dibincangkan bersama di dalam kuliah Ustazah Mahfuzah dan rakan rakan seperjuangan.
حضارة

Apabila kita memperkatakan tentang tamadun pasti kaitannya dengan manusia. Manusia sebagai khalifah iaitu mentadbir urus alam di muka bumi ini dipertanggungjawabkan untuk mengekalkan tamadun hingga ke akhir zaman. Sebagai hamba Allah dan umat Nabi Muhammad kita perlu memastikan tamadun yang dibina sejahtera dan menepati ciri-ciri tamadun yang sejahtera.

Bagaimana tamadun sejahtera dapat dibina? Tamadun sejahtera dapat dibina apabila masyarakat itu sendiri tahu asal usul dirinya yang sebenar. Ingin saya kaitkan tamadun yang sejahtera ialah apabila seseorang itu mensejahterakan dirinya sendiri dengan mengetahui apa yang telah dia perjanjikan sejak di alam roh lagi. Roh yang sejahtera mampu melahirkan masyarakat yang sejahtera.

Mengapakah manusia dipertanggungjawabkan menggerakkan tamadun? Ia adalah kerana manusia ini mempunyai akal fikiran. Manusia dapat membezakan mana baik dan juga mana buruk. Yang paling nyata fungsi sebenar akal ini ialah seseorang itu dapat kenal Allah iaitu tiada tuhan yang disembah melainkan Allah. Manusia kenal Allah sejak di alam roh lagi iaitu merelakan diri untuk menyembah Allah. Alam roh dikaitkan dengan surah Al-Araf ayat 172-173 yang berfirman;



172. وَإِذْ أَخَذَ رَبُّكَ مِنْ بَنِي آدَمَ مِنْ ظُهُورِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَأَشْهَدَهُمْ عَلَى أَنْفُسِهِمْ أَلَسْتُ بِرَبِّكُمْ قَالُوا بَلَى شَهِدْنَا أَنْ تَقُولُوا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّا كُنَّا عَنْ هَذَا غَافِلِينَ 
Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): "Bukankah Aku ini Tuhanmu?" Mereka menjawab: "Betul (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi". (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan: "Sesungguhnya kami (bani Adam) adalah orang-orang yang lengah terhadap ini (keesaan Tuhan)",

173. أَوْ تَقُولُوا إِنَّمَا أَشْرَكَ آبَاؤُنَا مِنْ قَبْلُ وَكُنَّا ذُرِّيَّةً مِنْ بَعْدِهِمْ أَفَتُهْلِكُنَا بِمَا فَعَلَ الْمُبْطِلُونَ 
atau agar kamu tidak mengatakan: "Sesungguhnya orang-orang tua kami telah mempersekutukan Tuhan sejak dahulu, sedang kami ini adalah anak-anak keturunan yang (datang) sesudah mereka. Maka apakah Engkau akan membinasakan kami karena perbuatan orang-orang yang sesat dahulu?"

By Muhammad Nuramin Bin Ramli