Tuesday, June 14, 2016

KERTAS KERJA LAWATAN KE MUZIUM DAN TEMUDUGA TOKOH



 CTU 551 – TAMADUN ISLAM & TAMADUN ASIA

NAMA AHLI KUMPULAN (7 )      :  NURAMIN,AMIN,AISHAH,EYQA,SU DAN TIQAH

KELAS                                               : AP221

MUZIUM YANG DILAWATI         : MUZIUM SULTAN ALAM SHAH

TOKOH YANG DI TEMUDUGA   : DR. OLIVER LING HOON LEH




KATA-KATA ALUAN

Syukur kehadrat ilahi dengan limpah dan kurnianya dapat kami menyelesaikan tugasan ini dengan jayanya. terima kasih tidak terhingga kepada ahli kumpulan kerana saling bekerjasama dan memberikan komimen dalam menjalankan tugasan yang telah diberikan. Tidak lupa juga kepada ustazah mahfuzah binti mohd zabidi kerana telah memberikan tunjuk ajar dan nasihat sepanjang menjalankan kajian ini. selain itu, tidak lupa juga kepada ibu bapa, adik beradik serta rakan-rakan yang lain dalam memberikan tunjuk ajar untuk menyiapkan tugasan ini. 


PENDAHULUAN

Kajian yang kami lakukan ini terletak di Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam. penubuhan Muzium negeri selangor yang ketika ini dikenali dengan nama Muzium Sultan Alam Shah bermula apabila DYMM Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah berkenan menandatangani enakmen no.6 tahun 1975 Negeri Selangor bertarikh 27 Disember 1975.Selepas beberapa tahun jerih-perih ia dirancang, maka pada 2 september 1989, muzium yang menjadi lambang penubuhan kebudayaan Negeri selangor ini pun dirasmikan pembukaannya oleh DYMM Sultan Selangor idi mana istiadat perasmiannya dilakukan dengan penuh acara tradisi melayu. Pentadbiran muzium ini diletakkan di bawah tanggungjawab lembaga muzium selangor.Bahgian permuziuman terletak di tengah bandaraya Shah Alam. Muzium negeri selangor merupakan muzium negeri selangor yang dibangunkan selepas penyerahan kuala lumpur kepada kerajaan pusat pada tahun 1974.


Tujuan kami memilih muzium ini adalah kerana muzium ini terletak berhampiran dengan universiti kami iaitu UITM Puncak Alam. Selain itu, muzium ini juga terletak di tengah bandaraya Shah Alam dan merupakan tarikan utama para pelancong yang datang di Malaysia. Muzium Shah Alam juga terdapat banyak infomasi-informasi yang diperlukan bagi menyelesaikan kajian kami ini.



Berikut merupakan antara dapatan kami di Muzium Shah Alam:

BALAI PAMERAN
1. Balai Sejarah
  
Balai ini mempamerkan pelbagai artifak prasejarah yang dijumpai di tapak penempatan awal manusia di Selangor. Seterusnya, sejarah pentadbiran Selangor dipamerkan melalui ruangan zaman Melaka-Johor, zaman Portugis-Belanda, kedatangan orang Bugis, pembukaan ibu kota, zaman penjajahan dan pra-kemerdekaan, sehinggalah Selangor mencapai status negeri maju pada tahun 2005. Antara koleksi menarik di balai ini adalah serpihan gendang dongson yang dipercayai hasil peninggalan dari zaman gangsa-besi.

2. Balai kebudayaan

Balai ini memaparkan kebudayaan masyarakat daripada pelbagai etnik di Selangor seperti Bugis, Jawa, Minang, Banjar, Mandiling, Rawa dan lain-lain. Keunikan budaya dan gaya hidup yang diamalkan oleh pelbagai etnik di Selangor dipamerkan melalui koleksi peralatan adat resam, kegiatan sastera dan kesenian. Selain itu terdapat juga pakaian dan peralatan tradisional seperti koleksi busana Melayu, alat-alat tembaga, alat bunyi-bunyian, dan senjata tradisional. Kepelbagaian budaya juga turut dihidupkan melalui pameran diorama menarik yang terdapat di balai ini.

3. Balai Warisan alam Semulajadi

Balai ini memaparkan mengenai kekayaan warisan alam semulajadi yang terdapat di Selangor. Kepelbagaian flora dan fauna di Selangor digambarkan melalui diorama terbuka dan haiwan yang diawet seperti spesis ikan, hidupan liar, binatang buas, spesis serangga, belalang, kupu-kupu dan lain-lain. Antara tarikan menarik yang dipamerkan ialah replika “Buaya Puchong”, buaya tembaga terbesar yang dijumpai di Semenanjung Malaysia. Selain itu, pengunjung juga boleh mengalami sendiri pengalaman memasuki gua batu melalui replika yang terdapat di balai ini.

4. Balai Sukan

Pameran di balai ini menceritakan mengenai sejarah bidang sukan dan ahli sukan terkenal di Selangor. Detik kegemilangan dan jasa anak-anak negeri Selangor dalam pelbagai bidang sukan yang diceburi diabadikan di balai pameran ini untuk tatapan generasi masa kini dan akan datang agar masyarakat terutamanya penduduk negeri Selangor dapat mengetahui, mempelajari dan memahami sumbangan ahli-ahli dan tokoh sukan berkenaan kepada Selangor dan negara Malaysia.

5. Balai Islam
Pameran di balai ini menumpukan tentang penerapan agama Islam di dalam budaya dan gaya hidup masyarakat tempatan termasuklah sejarah awal kedatangan dan perkembangan agama Islam di Selangor. Sebahagian daripada artifak menarik yang dipamerkan adalah model masjid-masjid lama, mimbar, beduk, kubah, bekas wuduk, tempayan, pinggan mangkuk, senjata, kitab-kitab lama dan sebagainya. Turut dipamerkan ialah mimbar masjid Selayang yang digunakan pada awal tahun 1880-an dan dipercayai merupakan mimbar paling tua di Selangor.

6. Pameran Luar


Selain daripada koleksi dan artifak di balai-balai pameran, terdapat juga koleksi Muzium Sultan Alam Shah yang dipamerkan di luar bangunan muzium. Antaranya ialah kereta mantan Menteri Besar Selangor yang pertama, kereta perisai model Ferret, kepala dan gerabak Keretapi Tanah Melayu, sistem radar dan kapal terbang.

Perbincangan yang kami lakukan adalah mengenalpasti sejarah-sejarah serta artifak lama yang ditinggalkan oleh orang terdahulu. Perkara baru yang kami perolehi adalah sikap saling bekerjasama antara satu sama lain. 


No comments:

Post a Comment