Sunday, April 24, 2016

10 ADAT MELAYU YANG BERTENTANGAN DENGAN ISLAM

 HOMEWORK 10 APRIL 2016


  1. Adat melenggang perut
-Merupakan upacara semasa kelahiran bayi. Bahan-bahan yang digunakan ialah beras kunyit dan kelapa  yang bertujuan agar ibu dapat melahirkan bayi dengan mudah. Adat ini merupakan kepercayaan animisme dimana ia bertujuan untuk mengelakkan daripada diganggu  hantu penanggal. Adat ini sangat bertentangan kerana telah membuatkan manusia percaya akan benda atau kuasa lain daripada bergantung kepada Allah. 

      2. Tangkal pertahankan diri

- Ianya bertentangan dengan Islam kerana kita meminta pertolongan dari syaitan dan mempercayai bahawa kuasa tangkal lebih hebat dari segalanya.

      3. Upacara persandingan

- Merupakan satu bentuk pemujaan dalam agama Hindu, yang mengagungkan Dewa Rama dan Dewa Sita dimana kedua-dua mempelai di arak, disanjung serta dipuja. Penggunaan sireh pinang, beras kunyit merupakan pengaruh Hindu dan beras kunyit ialah bertujuan untuk memberi semangat kepada pengantin.

       4. Ancak/ Saka

- Ancak diperbuat daripada buluh atau daun pisang yang diisi demgan pulut kuning, ketupat dan sebagainya untuk diberikan makan kepada jin, keturunan  @ jin penjaga supaya menjaga keluarganya.

      5. Puja kubur Si mati

- Merupakan amalan khurafat. Upacara ini dilakukan kerana mereka menyangka bahawa memuja kubur boleh mendapat apa yang dihajatkan dan diminta. Kebiasaannya, beberapa jenis makanan atau 'jamu' seperti ayam panggang, bertih, pulut kuning, pisang emas dibawa dan diletakkan di atas kubur bertujuan 'menjamu jin',

        6. Cucu jin

- Merupakan adat meminta izin tok nenek untuk membuang air semasa di dalam hutan atau di tempat-tempat yang sunyi. Kononnya jika tidak meminta izin kemungkinan orang itu akan disampuk oleh penunggu tempat itu.

         7.  Adat mendirikan rumah baru

- Adat ini diperbuat seperti menggantungkan kelapa muda di setiap tiang rumah, menanam besi, emas, perak tembaga sebagai perlindungan untuk rumah baru. Perlakuan ini jelas sekali bercanggah dengan al-Quran dan hadis. Sebenarnya uapcara tersebut lebih daripada upacara menjamu jin dan tidak ada kena mengena dengan keselamatan dan kesejahteraan penghuni rumah itu.

         8. Pemujaan tanduk kerbau

- Tanduk kerbau dijadikan bahan pemujaan oleh sesetengah kumpulan manusia yang mempercayai terdapat kuasa lain di tanduk tersebut. Adat ini sememangnya salah disisi Islam kerana kita menyekutukan Allah dan berharap pada benda lain.

         9. Adat memuja semangat padi

-  Terdapat kepercayaan kepada semangat padi di mana manusia berpendapat rezeki boleh ditambah dan dikurang melalui pemujaan ini.

         10. Adat mandi bunga/ mandi safar

- Ada sesetengah pihak berpendapat bahawa mandi bunga dapat membuang bala dan kecelakaan. Adat ini akan memesongkan akidah umat Islam kerana bergantung pada tradisi lama dan bukan kepada Allah.

-Noraishah-

No comments:

Post a Comment