Assalamualaikum . Alhamdulillah segala pujian bagi Allah Tuhan yang mentadbir seluruh alam ini. Pada hari ini saya akan berkongsikan mengenai apa itu maksud tamadun. Ibn Manzur(1997) dalam Lisan al-Arab menggunakan istilah madaniah,tamadun dan hadarah bagi menggambarkan erti tamadun. Ibn Khaldun (1990) dalam kitabnya Muqaddimah Ibn Khaldun telah mengemukakan istilah umran dan hadarah bagi memberi definisi tamadun sebagai beberapa keadaan dan peristiwa biasa yang melebihi dari patut, terbit dari peristiwa -peristiwa pembangunan. Tamadun mungkin bertambah dengan bertambahnya kemajuan.
Dengan kata lain tamadun ini boleh dikait rapat dengan peradaban, di mana ia sentiasa berhubung dengan manusia. Manusia merupakan penggerak tamadun. Manusia membina tamadun dengan menggunakan akal supaya mereka dapat berfikir, mengingati dan mencetuskan idea yang pelbagai. Sebagai contoh, manusia ini sebenarnya boleh buat sesuatu benda yang sedia ada dengan membayang masa depan.
info tambahan :
1. Mengapakah manusia diberi akal ?
a. kerana manusia mempunyai tanggungjawab sendiri
b. dapat mengenal Allah
c. untuk menjadi khalifah supaya dapat mentakbir alam
2. takdir boleh berubah dengan 2 cara
a. doa
b. rahmat Allah
-suhaida-
No comments:
Post a Comment