Sunday, April 24, 2016

Homework 1

17 mac 2016

1.1 Konsep tamadun

1. Sifat utama manusia
 (dari segi rohani)

  • akal fikiran - akal fikiran berkeupayaan menerima ilmu, berfikir, membezakan baik dan buruk, boleh diajar dan dididik serta boleh menyampaikan kepada orang lain.
  • keimanan yang utuh - dengan keimanan, lahirlah individu yang unggul dan masyarakat yang berbudi luhur, berdisiplin dan beramanah demi kebaikan dunia dan akhirat.
(dari segi jasad)
  • perlaksanaan amal ibadat - seseorang yang berperibadi unggul akan mengambarkan jelas keimanannya melalui amal perbuatan dalam kehidupan sehariannya.
2. Maksud tamadun

a. Tamadun bermaksud keadaan hidup bermasyarakatan yang bertambah maju
b. Umran yang diperkenalkan oleh Ibn Khaldun pula bermaksud membangun atau memakmurkan bandar
c. Hadarah yang juga diperkenalkan oleh Ibn Khaldun bermaksud sesuatu wilayah, daerah, kota, bandar, kampung atau tanah yang diusahakan.

3. Ciri tamadun yang sejahtera
  • keunggulan ilmu pengetahuan- sejarah islam menunjukkan bahawa kota-kota besar yang masyur adalah disebabkan kegiatan keilmuan mereka yang berjalan dengan rancak.
  • kestabilan dalam negara - sebagai contoh, melalui hubungan antara kaum. Keharmonian kaum dan toleransi telah ditekankan semenjak zaman Rasulullah s.a.w
  • kestabilan pemerintahan dan pentadbiran politik - tanpa kestabilan politik dan pemerintahan, pasti keunggulan tamadun Islam tidak akan bertahan lama dan ia akan berkubur dengan kelemahan kepimpinan.
4. Tamadun awal (persamaan, kepercayaan, penempatan, bahasa)
5. Faktor kelahiran dan kejatuhan tamadun
    Faktor kelahiran
  • lokasi strategik - lokasi yang memungkinkan penempatan masyarakat mendapat sumber-sumber semula jadi untuk kelangsungan kehidupan.
  • rangsangan agama dan kerohanian - ajaran agama dan amalan rohani mendorong penghayatan nilai murni dan suci seterusnya kehidupan bertamadun.
  • kemantapan ekonomi - berkembang di kawasan lembah sungai. Wujud revolusi pertanian dan aktiviti perikanan serta perdagangan.
    Faktor kejatuhan
  • sikap tertutup - sikap tertutup tidak mahu menerima tamadun lain
  • keruntuhan nilai moral - berlakunya kejahilan dan banyak berlaku rasuah
  • keruntuhan institusi sosial - individu yang pincang, keruntuhan institusi keluarga

-suhaida-

No comments:

Post a Comment