Saturday, April 16, 2016

REFLEKSI DIRI 21 MAC

ISNIN 21/3/2016

Syukur Alhamdulillah pada minggu ini  saya dapat belajar tentang satu tajuk yang sangat mencabar bagi saya untuk di bawa iaitu sifat-sifat roh. Apa yang saya belajar pada minggu ini ialah mengenai sifat sebenar roh. Roh yang baik sebenarnya merupakan penggerak yang sejahtera. Tambahan pula, manusia secara fitrahnya mempunyai roh yang suci. Oleh itu, kita sebagai manusia perlulah mengharmonikan jasad kita dengan melakukan perkara positif dan mulia, kerana hubungan manusia dengan Allah itu tidak akan pernah putus sampai bila bila. Apa sahaja yang dilakukan oleh manusia akan dinilai oleh Allah, disebabkan itulah Allah boleh menghancurkan umatnya hanya untuk generasi akan datang. Namun harus diingat bahawa Allah melakukan sedemikian bukan kerana menghukum tetapi mahu menjadikan generasi akan datang itu lebih mulia dari sebelumnya.  Kesimpulannya, kita perlulah mengawal dan mendidik nafsu kita dari melakukan kemurkaan kepada Allah kerana jasad yang baik bermula dari roh yang sihat maka dari itu ia dapat melahirkan hamba yang bertaqwa.

-Noraishah-


No comments:

Post a Comment