Saturday, April 2, 2016

                            TAMADUN



Apakah itu tamadun? Pelbagai tanggapan dan juga definisi yang dapat dihuraikan setelah taaruf tentang tamadun ini dibincangkan bersama di dalam kuliah Ustazah Mahfuzah dan rakan rakan seperjuangan.
حضارة

Apabila kita memperkatakan tentang tamadun pasti kaitannya dengan manusia. Manusia sebagai khalifah iaitu mentadbir urus alam di muka bumi ini dipertanggungjawabkan untuk mengekalkan tamadun hingga ke akhir zaman. Sebagai hamba Allah dan umat Nabi Muhammad kita perlu memastikan tamadun yang dibina sejahtera dan menepati ciri-ciri tamadun yang sejahtera.

Bagaimana tamadun sejahtera dapat dibina? Tamadun sejahtera dapat dibina apabila masyarakat itu sendiri tahu asal usul dirinya yang sebenar. Ingin saya kaitkan tamadun yang sejahtera ialah apabila seseorang itu mensejahterakan dirinya sendiri dengan mengetahui apa yang telah dia perjanjikan sejak di alam roh lagi. Roh yang sejahtera mampu melahirkan masyarakat yang sejahtera.

Mengapakah manusia dipertanggungjawabkan menggerakkan tamadun? Ia adalah kerana manusia ini mempunyai akal fikiran. Manusia dapat membezakan mana baik dan juga mana buruk. Yang paling nyata fungsi sebenar akal ini ialah seseorang itu dapat kenal Allah iaitu tiada tuhan yang disembah melainkan Allah. Manusia kenal Allah sejak di alam roh lagi iaitu merelakan diri untuk menyembah Allah. Alam roh dikaitkan dengan surah Al-Araf ayat 172-173 yang berfirman;



172. وَإِذْ أَخَذَ رَبُّكَ مِنْ بَنِي آدَمَ مِنْ ظُهُورِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَأَشْهَدَهُمْ عَلَى أَنْفُسِهِمْ أَلَسْتُ بِرَبِّكُمْ قَالُوا بَلَى شَهِدْنَا أَنْ تَقُولُوا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّا كُنَّا عَنْ هَذَا غَافِلِينَ 
Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): "Bukankah Aku ini Tuhanmu?" Mereka menjawab: "Betul (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi". (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan: "Sesungguhnya kami (bani Adam) adalah orang-orang yang lengah terhadap ini (keesaan Tuhan)",

173. أَوْ تَقُولُوا إِنَّمَا أَشْرَكَ آبَاؤُنَا مِنْ قَبْلُ وَكُنَّا ذُرِّيَّةً مِنْ بَعْدِهِمْ أَفَتُهْلِكُنَا بِمَا فَعَلَ الْمُبْطِلُونَ 
atau agar kamu tidak mengatakan: "Sesungguhnya orang-orang tua kami telah mempersekutukan Tuhan sejak dahulu, sedang kami ini adalah anak-anak keturunan yang (datang) sesudah mereka. Maka apakah Engkau akan membinasakan kami karena perbuatan orang-orang yang sesat dahulu?"

By Muhammad Nuramin Bin Ramli

No comments:

Post a Comment