Refleksi saya mengenai tajuk ini ialah saya dapat mengetahui tentang konsep sebenar tamadun Islam di mana ajaran Islam itu mempunyai ciri-ciri keistimewaan tersendiri dan sangat unik. Sebagai contoh, manusia mempunyai petunjuk daripada al-Quran dan Rasulullah untuk dijadikan panduan dalam kehidupan seharian. Dalam aspek ini, saya dapat mempelajari bahawa sebenarnya manusia merupakan khalifah Allah yang bersungguh untuk memakmurkan alam dan melaksanakan tanggungjawab dengan adil berdasarkan panduan dari wahyu Allah iaitu al-Quran. Kesimpulannya, kita sebagai hamba Allah perlulah menjalankan perintahnya dan meninggalkan larangannya.
-NORAISHAH-
-NORAISHAH-
No comments:
Post a Comment