ISNIN 17./3
Pembelajaran saya yang saya dapat pada hari ini ialah tentang hubungan manusia di dunia dengan dunia lain seperti alam roh, rahim, dunia, kubur, dan akhirat. Dari situ, saya dapat mendalami lebih mendalam tentang kewujudan lima alam yang dilalui oleh manusia.. Kehidupan manusia di setiap alam itu berbeza-beza. Manusia juga diberi kelebihan untuk membuat pilihan dalam kehidupan masing-masing melalui kurniaan akal. Oleh itu, kita sebagai hamba Allah perlulah menjalani hidup dengan sentiasa merendah diri dan sering melakukan amal kerana hidup di dunia ini hanyalah merupakan jambtan kepada akhirat. Selain itu, manusia mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri yang dikurniakan oleh Tuhan. Kesimpulannya, kita sebagai hamba mestilah sentiasa menilai dan muhasabah diri sendiri.
-NORAISHAH-
No comments:
Post a Comment